Wednesday, 26 January 2011

Buang Bayi Lagi

Macam dah jadi perkara biasa pulak nampaknya sekarang ini, buang bayi hampir berlaku hari-hari di seluruh negara. Semalam akhbar harian arus perdana ada memberitakan sepanjang 2010, 700 lebih bayi didaftar di JPN tanpa ada "bin siapa". Yang kita tahu itu angka rasmi, yang tak rasmi entah berapa ramai lagi. Itu di Trengganu sahaja! Seluruh Malaysia mungkin kita akan lebih teperanjat lagi.... apa nak jadi?  
Gejala sosial yang semakin parah, yang ramai anak melayu...negeri Trengganu.. kini di Negeri Sembilan juga tidak kurang juga perlakuan dosa besar ini.
Ini pun satu bala yang menimpa, kita umat Islam. Pada pihak yang bertanggungjawab, juga ibu bapa berasa gerunlah dan takutlah dengan azab serta bala yang menimpa kita sekarang ini. Berwaspadalah dengan perlakuan anak2 kita, janganlah biarkan bebas sangat,lebih2 lagi mereka yang jauh dari pandangan ibu bapa. Terutama mereka yang duduk tinggal bersama2 dengan kawan2 dibandar-bandar, jenguk-jenguklah anak2 kita.Malah yang masih sekolah jangan dibiarkan bebas lepas begitu sahaja, pastikan mereka sentiasa dalam pandangan juga kawalan kita.Pergaulan harian dengan siapa anak kita seharusnya kita ambil tahu selalu.
Sikap kita sebagai ibu-bapa yang membiarkan anak-anak kita keluar kononnya dengan kawan juga teman lelaki bukan lah budaya kita. Saya merasa sedih juga, anak2 gadis yang masih bersekolah membonceng naik motor kawan lelaki mereka sebagai perkara biasa.Berperangai macam manusia yang tidak ada budaya.Jangan biarkan mereka melepak dikomplek beli belah, didataran-dataran juga pusat internet, juga menghadiri konsert-konsert hiburan yang semakin bertambah. Kurangkan berpesta-pesta dan bentuk-bentuk aktiviti sosial yang menjurus kepada menaikan nafsu syahwat sahaja.
Yang paling menyedihkan, ada ibu bapa rasa bangga, bila melihat anak gadisnya terlebih sosial. Mengapa begitu murah harga anak dara kita? Inilah bala bila - sesuatu keaiban menjadi kebanggaan pula. Kalau nak dihalusi budi bahasa serta sopan santun memang telah lama tiada..anak-anak muda begitu kurang ajar dengan orang yang lebih dewasa atau orang tua. 
Kepada pemimpin masyarakat, guru-guru serta jabatan agama buatlah sesuatu, banyakkan lah aktiviti keagamaan disekolah, dewan2 dan surau, serta masjid untuk golongan remaja kita.Kepada ibu dan bapa,berasa gerun dan takutlah dengan bala ini.
Inikah kemajuan yang kita inginkan hampir kita lupa hidup kita hanya sementara didunia yang fana ini. Tak terfikirkah kita, siapa yang mendoakan kita bila kita tiada lagi, jika anak2 kita terus hanyut dalam kesesatan dosa yang amat keji ini. Insaf lah...

No comments: